Perubahan yang kosisten
Sepatutnya telah lama dahulu aku menjawab soalan kedua dalam tulisanku bertajuk bentuk, ruang, waktu dan ekonomi? namun kesempatannya agak terhad untuk aku menulis. Dalam soalan keduanya aku bertanyakan:
Satu teori ekonomi yang paling aku ingat adalah teori 'invisible hand' di dalam buku klasik tulisan Adam Smiths (mula berminat tentangnya ketika menonton filem 'the beautiful mind'). Secara ringkasnya dalam teori itu menyatakan bahawa "persaingan bebas akan selalunya menghasilan produk yang terbaik-untuk manafaat semua".
Contohnya, fakultiku adalah fakulti universiti swasta (IPTS) yang pertama menawarkan program Bachelor of Architecture di dalam negara. Selama hampir lima tahun menjalankannya kami tidak pernah ada pesaing sehingga baru-baru ini ada sebuah IPTS lain mula menawarkan program yang sama. Persaingan bermula lebih awal dari itu kerana berlaku 'pemancingan' tenaga pakar di antara kedua-dua IPTS ini. Berlaku persaingan dalam penawaran gaji dan imbuhan yang memberi manafaat kepada para tenaga pakar yang dipancing. ...cuma hairannya tawaran gaji bukan 'umpan' yang berkesan, namun sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa 'nilai' mereka jauh lebih tinggi jika mereka mahu dan memerlukanya.
Aku akui yang aku adalah di antara orang yang pernah dikurniakan Allah manafaat dari persaingan sebegitu...maka persaingan memang boleh memberikan manafaat...Alhamdulillah.
Namun jika IPTSku tidak mahu berubah dalam jangkamasa terdekat ini, ramai rakan-rakanku yang sedar tentang 'nilai' sebenar mereka akan mula mengorak langkah. Maka 'perubahan' bagi memastikan yang kita akan terus dan sentiasa 'relevan' itu adalah satu keperluan. Mungkin di sini separuh dari persoalan di atas telah terjawab.
Perbelanjaan tambahan dan kekeliruan banyak pihak nampaknya bukan alasan-alasan yang cukup untuk menafikan perlunya perubahan. Ruang lingkup dan persekitaran yang terus berubah juga akan terus memaksa kita untuk terus berubah...dan aku akur dengan pandangan bahawa 'satu perkara yang bersifat konstant adalah perubahan' dan Allah tidak berubah sifat sempurnya...Allahualam.
Aku bukan seorang ahli ekonomi yang layak untuk menjawab soalan se'mudah' itu (aku agak mungkin terlalu mudah untuk seorang ahli ekonomi). Jadi aku terpaksa mengerah seluruh rasa rasionalku untuk menjawab soalan sebegini.Kenapa organisasi sentiasa diubah secara konsisten, sedangkan perubahan memerlukan perbelanjaan tambahan dan seringkali mengelirukan banyak pihak dan banyak membentuk masalah sampingan?

Comments