Ujian, Ikhlas, Iman dan Ketenangan
Aku bukan seorang yang mampu menyelesaikan setiap masalah dengan betul setiap kali, malah aku juga bukan seorang yang mampu menyelesaikan masalah setiap kali; yang aku mampu adalah cuba menyelesaikan masalah setiap kali.
Kehidupanku sebagai seorang ‘pendidik’(aku harap aku layak untuk gelaran sebegini) di studio-studio senibina mendedahkan aku dengan pelbagai ragam dan rencam ujian dalam pemasalahan rekabentuk dan kehidupan. Bukan sahaja dengan masalah rekabentuk setiap pelajar yang perlu aku hadapi tetapi sikap serta keperibadian pelajar bimbingan ku juga.
Aku sering mengingatkan pelajar dan diriku sendiri yang seorang arkitek yang baik perlu menjadi seorang pemerhati yang ikhlas didalam memperbaiki kehidupan manusia-manusia di sekelilingnya. Lihatlah pelbagai ujian yang melanda masyarakat disekitar kita kini; ujian dari lif yang rosak, ujian tentang keselamatan pejalan kaki, ujian berkenaan keruntuhan akhlak dan ujian dari hilangnya nilai hidup bermasyarakat; kebanyakanya sedikit sebanyak disumbang oleh masalah rekabentuk.

Ya Allah, kenapa begitu banyak ujianmu kepada masyarakatku ini?
Lif terlalu penting di dalam rekabentuk bangunan tinggi; dan natijahnya barang yang baharu sifatnya memang akan rosak, tidak adakah alternative lain untuk lif atau bangunan tempat tinggal yang menjulang tinggi?

Ruang pejalan kaki sering diabaikan di dalam rekabentuk kawasan perumahan; maka kenapa kita harus marah jika kanak-kanak berlari di atas jalan raya? Ianya juga punca masalah semangat kejiranan yang semakin hilang; mana mungkin kita mengenali jiran yang memecut keretanya setiap hari di hadapan rumah kita, malah kita mungkin lebih mengenali kereta jiran daripada pemandunya sendiri.
Di dalam kompleksiti ujian dan jumlah masalah sebegini, bagaimana hidupku mahu dan boleh mencapai ketenangan, jika ujian-ujian ini terus hadir?
Pelajar pula mempunyai seribu satu perangai dan pembawaan yang sering perlu diperbetulkan. Tak perlu aku jelaskan di sini tetapi ianya juga membawa pelbagai ujian yang perlu ditangani dengan sewajarnya.

Jika difikirkan balik, terlalu banyak ujian yang aku hadapi seharian (itu belum termasuk masalah keluarga dan pejabat); mungkin inilah yang dikatakan ujian di dalam kehidupan. Tuhan memang sentiasa memberikan kita ujian kerana kehidupan di dunia ini sebenarnya sebuah ujian yang tulus.
Namun ramai sarjana seperti Dr.Aidh' dan Yusuf Qardawi menjelaskan ; jika kita menghadapi ujian-ujian ini dengan ikhlas dan keimanan, ianya akan membawa kita kepada sebuah ketenangan.
SubahanAllah, rupanya ada Ketenangan di dalam ujian-ujianNya.

Comments