Pelajar senibina, bengkel dan perjuangan.

Aku baru pulang dari menghadiri 'Bengkel Pelajar Senibina ke 19: Olympiarch" di UTM pada 18-22 Jun 2006.

Secara sejarahnya, bengkel tersebut dianjurkan setiap tahun oleh pelajar senibina di Malaysia. Aku sendiri pernah terlibat sebagai AJKK (AJK Kecil) pada bengkel yang ke 3 (Tema: Man and Built Environment dalam tahun pertama aku di USM), menghadiri bengkel di ITM (Tema:New Horizon), bengkel di UTM (Tema:Legase)dan seterusnya menjadi timbalan pengarah projek pada bengkel ke 6 (Tema: Realizations;Minggu Alam Bina pertama). Ketika aku di tahun kelima, USM sekali lagi menjadi penganjur (Tema: Convergence)dan aku pernah menjadi pensyarah pengiring untuk pelajarku ke beberapa lagu bengkel di UM dan UPM.

Mengkagumkan apa yang aku kira sebagai satu cara untuk mendapat kredit ko-kurikulum ketika di tahun satu, 15 tahun dahulu masih lagi aku ikuti perkembanganya. Sebenarnya tidak banyak atau sedikit sahaja perubahan dari segi kemajuan hasil bengkel yang dianjurkan bertahun-tahun ini jika dilihat secara zahirnya. 'Pengaruh' bengkel di dalam menentukan arah tuju senibina juga agak sedikit. Tapi aku kira pengaruhnya di dalam pembentukan budaya dan semangat kekitaan pelajar senibina di Malaysia mungkin juga besar.

Pelajar tidak seharusnya disalahkan di dalam pekara ini, malah objektif bengkel juga bukan sehingga untuk mengubah senario senibina di Malaysia tetapi lebih untuk mewujudkan tempat bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman. Biarpun tema tahun ini menyeru kepada semangat untuk 'bersaing', tiada maruah mana-mana pihak yang perlu dijatuhkan. Lagipun apalah pengaruh pelajar senibina (sebenarnya besar cuma mereka kurang sedar).

Melihat dari perspektif bekas pelajar senibina dan kini seorang pensyarah; agenda pelajar senibina boleh dijadikan sangat besar kerana merekalah penentu corak masadepan negara cuma pengurusanya kini tidak menentu kerana:(1) perubahan kepimpinan yang terlalu kerap,(2)objektif yang tidak jelas dan (3)tiada ruang serta kesenimbungan perjuangan-menjayakan manifesto. Mungkin perlu ada di dalam PAM seorang pejuang bagi pelajar senibina di Malaysia (jawatan tertentu contohnya). Dia mungkin bukan pelajar senibina lagi (tidak salahpun jika seorang Ar.) tetapi perlu menerajui dan memimpin pelajar senibina secara konsisten dan berkesan. Pandanganya harus condong dari perspektif pelajar senibina tetapi mempunyai sedikit kuasa dan ruang untuk memajukan pelajar senibina di Malaysia secara teratur.

Comments

Popular posts from this blog

Survival di dunia impian

Teruskan Menulis dan menulis